tajuk pun dah sedih.. nak taip lagi la.. adoi.. hehe.. acctually saje je update nak hilangkan mood sedih.. tapi kata org jangan sedih sangat nanti rezeki susah nak masuk kalau tak redha tau..
Ok cengini nak citer... al kisahnya trip nak ke Vietnam dah lama rancang.. tup tup skali ajak hubby pergi sana dia on. Alhamdulillah... so tiket dah beli sebulan awal sebelum pergi sana. sebelum beli tiket dah macam-macam en google ku tanya. bukan setakat tu je. kawan-kawan kat sekolah yang dah pernah pergi tak yah cakap la aku tanya...semua jawapan puas hati.. so trip kali ni macam biasa pergi "gamble" lagi. aku n hubby suka pergi gamble, katanya tak terikat dengan sape-sape masa tu. dulu trip ke korea yang nun jauh di sana pun gamble..so Vietnam lagi la boleh p gamble kan.
Nak di jadikan cerita.. tiket pun beli la tuk kiteorg 3 beranak. habisnya Rm1280. untuk tiket flight Air Asia dan hotel. semua book melalui www.airasiago.com. ye la kalau pergi agen mostly bayar rm1500 per adult tau. ni kami 3 beranak dapat harga tu boleh katakan murah la kan.. murah tak murah,, dah tak dapat pergi tu rugi la juga jawabnya. hi3. So, pagi kami nak bertolak tu 19hb hari selasa, kami terbangun lambat.. dah kunci jam kul 5 tapi bangun kul 6. adoiiiya! macam tau tau je xjd pergi. biasanya kunci jam ok je. Flight kul 9.10am. so apa lagi dah terbangun lambat tu semua kalut la.. cepat2 siap nak p hantar anak kami ke umah nenek atuknya. sb last minute tak jadi bawa anak ke sana. hubby cakap susah nak shopping kalau bawa anak kecil plak.. erm.. ikut la.. ye la. nak jadi isteri solehah kena ikut cakap suami kan.. hehe. so dah kalut-kalut nak p hantar anak ke umah atok nenek... lepas hantar anak trus kami bergegas ke destinasi la.. sib baik drive sendiri ke airport. pk cengitu.. cool skit la hati ni sb dah lambat kan.. so apa lagi hubby drive ikut jalan kuching lebih kurang kul 7.32am.. adoiii stuck plak kat jalan tu. biasanya ok je waktu cuti sekolah hubby cakap.. erm... kat situ dah sejam lebih. erm... dlm hati mmg dah tau ni xsempat kot ni.. pujuk lagi hati.. sambil selawat n baca ayat-ayat al-quran skit nak juga sampai ke airport.. tup tup sampai area airport jalan jem lagi sebab ada xcident pulak kat siotu.. adoiiiiiii........... memang xder rezeki la.. sampai-sampai kat airport tepat jam 9.15.. aku bergegas masuk dalam airport cari kaunter n hubby p parking keta. bila sampai kaunter tu org tu check kata flight tgh depart.. cuba u p tanya counter servis. terus aku lari... macam lari 100m zaman2 kegemilangan dulu lari xpk org sb nak menang kan... lari sb cari kaunter no 65. sampai kat kaunter tercungap-cungap penat. tanya pun sekat-sekat. last-last org jaga kaunter tu cakap flight baru je lepas.. nama awak dipanggil tadikan... adoiiiiiiii dalam hati....... sedih tak yah cakap la.. tanya dia next flight kul brapa.. dia cakap kul 2pm. aku mintak simpati nak naik dia ckp xboleh. erm... sedihnya... so keluar la.. sampai area luar sampai la suamiku.. katanya cari parking td sebab tu lama. memang kat situ dah nampak kan.. xder rezeki disebalik apa yang terjadi tu... hubby cakap redha je la xder rezeki kita kali ni.. sedih nya.. apa lagi cari port tuk searching..... cari tiket lain la.. mak kau!!!! tiket berganda mahal.. xberbaloi kalau beli. kat 1 jam juga kami pk cari jalan. adoiii dah memang xder rezeki la.. so apa lagi suami ajak balik la... nak pujuk hati yg sedih ni. hubby ajak p karaoke.. erm.. tempat biasa terus hubby drive menuju ke red box sogo tu.. tp tu la kan dah sedih ni xleh buat apa.. nak menyanyi pun xder mood.. layan je la en suami layan hobi dia tu lepas geram...aku sampai tertido dlm bilik tu teman hubby karok... sedih sedih... so trip ke Vietnam burn cengitu je la.. :(

No comments:
Post a Comment