Tirai pertengahan 2011.. kami bergelar suami isteri yang sah.. Alhamdulillah
Majlis di desa kampungku pada 4.6.2011 dan majlis bertandang di rumah suami pada 11.6.2011. Alhamdulillah kami disatukan akhirnya. Selesai saja majlis di kedua-dua belah pihak, kami berangkat untuk pergi Honeymoon Mood.. Destinasi pilihan kami adalah Phuket.
alhamdulillah selamat tiba di phuket dan malam pertama kami adalah di Aloha Villa Hotel Patong, Phuket
Airport Phuket Menunggu suami check in di kaunter
ni la hotel kami pada malam pertama...
Lepas check in dan bersihkan diri semua.. apa lagi.. waktu malam yg indah tu kami ronda-ronda kawasan la. pusing-pusing amik angin malam sambil cari makan...
jalan-jalan bersama En. Suami
Hari esoknya, bangun awal-awal pagi kami ke Patung Beach... waaaa.... seronoknya... sejuk angin pantai.. di tambah plak dengan nikmat hujan pagi tu... kesejukan... tapi kaki tetap melangkah mencari destinasi pilihan
jalan-jalan mood pagi kesejukan.... hujan membasahi bumi...
Waktu kami tak der la rushing Cuma santai saje.. ye la mood
honeymoon katakan.hihi. dah ronda
awal-awal pagi ni lapar la plak... so sempat kami pusing-pusing mall Jungcelon
Nak breakfast suka hati tak boleh kat sini..huhu. makanan
tak halal. So kami masuk kedai 7E.. beli
la mana yang patut tuk alas perut nak breakfast.. dah beli makanan. kami balik hotel tuk breakfast semasa.. cari port tuk sembang-0...
So kami pilih tuk makan di sini.. santai..sembang..... hehe
dah breakfast... so layan la apa yang ada kat depan.. mandiiiiiii....
Masa kami banyak abis kat sini hari ni.. so dah tengah
hari.. masa tuk check out dari hotel ni...
Dah check out.. apa lagi.. still ronda-ronda cuci mata dan
beli mana yang berkenan dihati..
So kami berpindah tempah hotel.. dari Aloha ke tempat destinasi utama kami.. tempat
ni husband book siap-siap. Katanya lebih romantik.. tak sabar rasanya.. bila
dah sampai ke tempat tu.. wowww!!!! Terkejut
aku.... so nice.. tenang... view dalam dan luar pun cantik.. patut la husband
cakap romantik.. hihi
Wa..... nice kan tempat ni.. memang romantik abis.. tq
abang.... J
.. sepanjang aku travel masa zaman-zaman bujang dulu tak pernah aku duk hotel
cengini cantik ni.. nama hotel ni Woraburi
Phuket Resort & Spa . so layan gambar pun dah tau seronok kan berada di
sini.. bagi aku la.. tak tau la kalau korang camana.. hihi.
bestkan bilik ni.... kami duk 2 orang je tapi besar giler....
posing dlu sebelum amik angin pantai..
So program hari ni jalan-jalan amik angin pantai plak.. dah abis amik
angin pantai baru bleh terjun.. terjun kolam depan hotel la.. apa la korang ni.
Tak kan la mood honeymoon nak terjun bangunan plak. Hi3
sempat la seharian sambil ronda-ronda kami mandi pantai dan berjemur..hihi
Jom
layan gambar la... hari ni mood happy giler asyik shopping makan jalan-jalan
sekitar hotel ni.. sambil jalan terjumpa tempat best.. Hard Rock Cafe Phuket..
so layan... hehe
posing puas-puas pastu baru layan makan isi perut..hehe
BTW..
kami enjoy dengan honeymoon mood ni..
Acctually kami pergi gamble je ke sana.. tak pakai tour guide atau
mana-mana pakej.. mood nak ke pulau tak jadi.. jumpa beach ni pun dah cukup..
maybe next destination kami ke pulau plak..
Thanks tine coz sudi follow blog JM klau ada masa free nanti sggah dan komen lah kat blog JM tu heeee keep on writing coz JM will support you heee
ReplyDeleteorite...:) thanks juga to Jari Manis
ReplyDelete